POLISI SYARIKAT
2.1. Bagi Pakej Pelancongan Pengembara Perseorangan (FIT)
2.1.1
Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, apa-apa perubahan yang dibuat kemudiannya kepada penempahan itu akan dikenakan caj pindaan sebanyak RM50.00 seorang bagi setiap perubahan.
2.1.2
Tiada perubahan boleh dibuat dalam masa 8 hari bekerja sebelum tarikh berlepas.
2.1.3
Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal dan tertakluk kepada caj pembatalan seperti yang ditakrifkan dalam dasar pembatalan (lihat fasal 3.1 untuk pakej pelancongan FIT).
2.2. Bagi Pakej Pelancongan Berkumpulan
2.2.1.
Apabila pengesahan pelancongan sudah dibuat, tiada perubahan kepada tempahan boleh dibuatkan dalam masa 14 hari sebelum tarikh berlepas.
2.2.2.
Walaubagaimanapun, apa-apa permintaan daripada mana-mana anggota untuk membuat apa-apa perubahan supaya dapat pulang lebih awal atau kemudian daripada kumpulannya, tertakluk kepada syarat masing-masing syarikat penerbangan.
2.2.3.
Perubahan seluruh tempahan merupakan pembatalan tempahan asal.
3.1. Bagi Pakej Pelancongan FIT
3.1.1.
Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 30 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, pentadbiran minimum sebanyak RM50.00 atau 10% daripada deposit pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih rendah) seorang akan dikenakan.
3.1.2.
Jika notis pembatalan itu diterima 29 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas caj yang berikut akan terpakai:
Pembatalan Diterima | Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang |
22 – 44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan | Perlucutan hak deposit |
5 – 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% daripada tambang pelancongan |
8 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% daripada tambang pelancongan |
3 – 7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 75% daripada tambang pelancongan |
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | 100% daripada tambang pelancongan |
Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 3.2.2. (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung). *perlucuthakan- kehilangan hak deposit
4.1. Pakej Pelancongan FIT
4.1.1.
Syarikat berhak untuk membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau atas arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
4.1.2.
Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif, semua wang yang telah dibayar akan dibayar balik kepada penumpang selepas ditolak pentadbiran yang kena dibayar.
4.2. Pakej Pelancongan Berkumpulan
4.2.1.
Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.
4.2.2.
Syarikat hendaklah mengesyorkan pelancongan alternatif, sebaiknya ke destinasi yang sama atau pelancongan lain. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima pelancongan alternatif itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas ditolak pentadbiran yang kena dibayar.
4.2.3.
Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan lawatan disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang berikut :
Pembatalan Diterima | Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang |
22 – 44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas pelancongan | Perlucutan hak deposit |
5 – 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 35% daripada tambang pelancongan |
8 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 50% daripada tambang pelancongan |
3 – 7 hari bekerja sebelum tarikh berlepas | 75% daripada tambang pelancongan |
2 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas | 100% daripada tambang pelancongan |
5.1. Tanggungjawab Anggota Pelancongan
Anggota pelancongan mestilah mempunyai :
(a) Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal.
(b) Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati.
5.2. Tanggungjawab Syarikat
Syarikat mengaku janji untuk :
(a) Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan.
(b) Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai. Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.
5.3. Fi dan Caj Yang Relevan
Caj perkhidmatan dan visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.
5.4. Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan
Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak pentadbiran akan dibayar balik.
5.5. Penolakan Kemasukan
Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.
(1) Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat lawatan dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia mernberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.
(2) Syarikat berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:
(a) Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.
(b) Penginapan hotel, berdasarkan:
(i) dasar berkongsi (dua orang sebilik) ;
(ii) tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian – orang itu hendaklah membayar tambahan seorang); dan
(iii) berkongsi tiga (tiga orang melancong bersama).
Bagi kumpulan yang terdiri daripada 3 orang, tempat penginapan adalah berdasarkan tiga orang berkongsi satu bilik di mana-mana berkenaan. Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik kembar dengan dua orang dewasa.
(c) Semua makanan, lawatan bersiar-siar dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.
(d) Semua lawatan bersiar-siar dan pemindahan adalah berdasarkan tempat duduk dalam
bas.
(3) Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah:
(a) Dobi;
(b) Makanan dan minuman yang tidak terdapat dalam menu lazim;
(c) Rombongan pilihan;
(d) Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan
(e) Semua perkara persendirian. *berwaad- mengikat perjanjian
Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana anggota berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan bersiar-siar, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam tambang tetapi tidak digunakan oleh anggota pelancongan atas sebab peribadi.
Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli pelindungan insurans yang mencukupi.
Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan lawatan bersiar-siar, hotel dan Ialuan diubah. Jika ini berlaku, syarikat hendaklah membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.
Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi anggota pelancongan sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pelancongan itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pelancongan itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada anggota pelancongan itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan perkhidmatan dan pembatalan.
Syarikat dan ejen bersekutunya hendaklah bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, hiburan dan makanan, sebagaimana yang ditunjukkan dalam brosur mereka. Syarikat hendaklah membayar pampasan yang sesuai yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya Pelancongan sekiranya, selepas penyiasatan dibuat, Persuruhjaya mendapati perkhidmatan yang disediakan tidak seperti yang terdapat di dalam brosur dan perjanjian.
Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.