Ramai sekarang tidak tahu apa itu subway yang sangat membantu untuk pengangkutan di Korea dan menjadi bualan hangat di setiap negara termasuk la Malaysia. Tapi ada juga dikalangan kita masih tidak tahu apa keistimewaan Subway di Korea.
Subway adalah satu platform pengangkutan harian rakyat Korea untuk ke mana sahaja mahupun ke tempat kerja. Kenapa mereka suka naik subway? Sebab subway di korea sangat mudah dengan kos yang murah membuatkan semua rasa selesa untuk ke tempat yang ingin dituju dengan masa yang tepat tanpa meredah jalan jem setiap hari. Disini saya nak berkongsi cara dan kaedah subway di Seoul Korea.
Di Korea mereka mengunakan dua kaedah untuk mengunakan subway sama seperti di Malaysia tapi ramai tidak tahu dan takut untuk mencuba gunakan subway kerana takut sesat. Tidak dinafikan kerana subway di Korea terlalu banyak stesen sampai kita keliru. Disana saya lebih mudah mengunakan T-money sama seperti Touch&Go untuk kegunaan subway di Korea.
T-Money boleh digunakan di semua stesen subway untuk tambang subway dan bagi memudahkan proses kegunaan subway. T-Money boleh didapatkan di mesin subway ataupun di kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan GS25. T-Money juga boleh di reload di kaunter kedai sebaneka atau di mesin stesen subway. Berapa harga T-Money? Jom saya kongsi harganya sekali dengan reload.
Ini la Machine Subway yang boleh digunakan untuk beli coin atau T-Money subway dengan harga yang murah dan mudah digunakan.Tarif/Harga (Dewasa 19tahun ke atas)
T-Money : 3,000won
Tambah Nilai sebanyak minimum 1,000won. Kebiasaanya kami akan reload sebanyak 10,000won kerana tarif perjalanan tunggal (single journey fare) berharga lebih kurang 1,050won. Kos pergi dan balik berjumlah 2,100won untuk ke sesuatu destinasi.
Disini saya nak kongsi cara penggunaan machine subway dengan cara yang mudah. Saya akan terangkan satu per satu caranya.
Cara pengunaan subway mesin :
1. Pilih bahasa English.
2. Pilih reload T-Money Card pada paparan.
3. Letakkan T-Money card anda pada slot T-Money pada machine.
4. Pilih amount yang hendak anda reload.
5. Masukkan duit pada slot duit pada machine.
6. Tunggu hingga proses selesai dan paparan nilai T-Money akan ditunjukkan pada skrin.
7. Memasukkan wang yang lebih dari amount pilihan yang anda tekan, tunggu wang baki keluar.
So, mudah sahaja untuk guna subway di Korea kan? Selepas selesai boleh terus gunakan T-Money itu dengan hanya scan sahaja pada sensor masuk subway line. Tidak perlu rasa takut dan keliru selagi kita tahu dan mempunyai ilmu untuk kembara di Korea.
Harap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda semua kembara di Korea tanpa rasa keliru dan selamat. Kongsikan ilmu ini untuk kawan-kawan kita yang ingin mengembara di Seoul Korea.